Friday, September 13, 2013

Remaja

Vandalisme

Perbuatan yang merosakkan 
segala benda awam merupakan 
vandalisme.
Di Malaysia pelbagai
 kemudahan diberikan
 oleh kerajaan kepada rakyat
 tetapi malangnya
 kebanyakan daripada
 kemudahan
 awam yang
 disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh
 sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab
 asyik merosakkan kemudahan 
awam ini dengan 
sewenang-wenangnya.
Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang yang terkorban
 dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk mendapat
 rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas
 berlaku adalah vandalisme.
Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat 
membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang 
sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan 
air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi.



Sebab-sebab
  1. Pengaruh kawan
    Selepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja yang
     melakukan vandalisme 
    adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, 
    mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk
     bahawa mereka mementingkan persahabatan itu.
  2. Amalan moral yang kurang baik
    Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi 
    ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang
     vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran
     yang betul
     dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang
     remeh-temeh sahaja.
  3. Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasan
    Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan vandalisme 
    sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan menconteng 
    di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.

0 comments:

Post a Comment