Friday, September 13, 2013

Pembohongan sejarah manusia


Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan 
kapal yang bagus?


Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai 'orang gua primitif' memiliki
 kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?
Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan
digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat
alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan
 di atas pasir panas beralaskan sandal?
Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan.
 Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah
 separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu berdiri lurus, kurang kemahiran
 untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik.
 Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang
seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang
 menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam
semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan,
 dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini
 adalah teori evolusi.
Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta,
para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan
 sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi.
Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan.
Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak
sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil
daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud
sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia - yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan
 selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir,
 telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang 
sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia 
adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada
 organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling
 maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang 
daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya,
 anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti.
Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses
 evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, 
kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan saja telah 'menulis' semula
 asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta' era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu'
 dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif'. Evolusionis,
 yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada
 moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan
 dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah,
 atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun,
gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil 
berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah 
rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu.
 Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.
Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan
 terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi,
 mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis 
berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan salah.
Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya
 adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban 
canggih sehingga ke hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga tidak pernah terjadi.


0 comments:

Post a Comment