Friday, September 13, 2013

Parkour

Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement [1] (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia. [2] Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagaitraceuse.[3]
David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang.

Parkour merupakan satu aktiviti fizikal, dimana ia sukar untuk dikategorikan. Ia bukan satu sukan yang ekstrim,[4] tetapi 
merupakan satu latihan atau pegerakan yang ada sedikit 
pertahanan diri.[5] Mengikut kepada David Belle, aspek fizikal
 parkour ialah untuk melepasi halangan yang berada dilaluan
 semasa kecemasan.[6] Sekiranya anda mahu bergerak dengan pelbagai cara, dengan sebarang gerakan, ia akan memberi anda keuntungan yang paling asas untuk seseorang/sesuatu
 sekiranya ia mahu melarikan diri dari ia, atau mengejar kepada ia.[6] Jadi, bila berhadapan dengan 
seseorang, salah seorang akan bercakap, berlawan atau melarikan diri. Seperti seni bela diri, parkour
 merupakan satu bentuk latihan untuk terbang. Disebabkan ia sukar untuk dikategorikan, ia selalunya
 disebut "parkour ialah parkour".


Suntikan bahan api

Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalam sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburetor tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal.
Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi, sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api.
Pemancit bahan api hanya terdiri daripada sebuah muncung serta injap; bahan api dihantar melalui pam bahan api atau bekas bertekanan.


Remaja

Vandalisme

Perbuatan yang merosakkan 
segala benda awam merupakan 
vandalisme.
Di Malaysia pelbagai
 kemudahan diberikan
 oleh kerajaan kepada rakyat
 tetapi malangnya
 kebanyakan daripada
 kemudahan
 awam yang
 disediakan ini rosak.Hal ini disebabkan oleh
 sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab
 asyik merosakkan kemudahan 
awam ini dengan 
sewenang-wenangnya.
Selain itu,kita dapat mendapti berita bahawa orang yang terkorban
 dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk mendapat
 rawatan di hospital.Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas
 berlaku adalah vandalisme.
Telephone awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat 
membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang 
sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan 
air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi.



Sebab-sebab
  1. Pengaruh kawan
    Selepas kajian dijalankan,kita mendapati bahawa kebanyakan remaja yang
     melakukan vandalisme 
    adalah dipengaruhi oleh kawan.Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, 
    mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjuk
     bahawa mereka mementingkan persahabatan itu.
  2. Amalan moral yang kurang baik
    Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi 
    ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang
     vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran
     yang betul
     dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang
     remeh-temeh sahaja.
  3. Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasan
    Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan vandalisme 
    sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan menconteng 
    di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.

Pembohongan sejarah manusia


Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan 
kapal yang bagus?


Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai 'orang gua primitif' memiliki
 kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?
Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan
digambarkan oleh para evolusionis sebagai 'manusia beruk', juga mampu membuat
alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan
 di atas pasir panas beralaskan sandal?
Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta berkenaan.
 Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia tersebut adalah
 separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu berdiri lurus, kurang kemahiran
 untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi dengusan yang pelik.
 Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun, kebanyakan orang
seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang
 menafikan kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam
semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan,
 dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini
 adalah teori evolusi.
Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta,
para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan
 sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan teori evolusi.
Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan.
Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak
sengaja lalu membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil
daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud
sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia - yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan
 selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan terakhir,
 telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini. Evolusionis, yang 
sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal sejarah manusia 
adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada
 organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling
 maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang 
daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden. Hakikatnya,
 anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti.
Para saintis evolusionis - dalam usaha mereka untuk menyokong proses
 evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang sel, 
kemudian daripada beruk kepada manusia - bukan saja telah 'menulis' semula
 asal-usul manusia, bahkan juga 'mencipta' era khayalan seperti 'Zaman Orang Batu'
 dan 'Zaman Batu' untuk menjelaskan cara hidup 'Orang Primitif'. Evolusionis,
 yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan beruk berasal daripada
 moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian baru demi membuktikan
 dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau mata panah,
 atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun,
gambaran 'manusia beruk' duduk di dalam gua yang gelap sambil 
berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah 
rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu.
 Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.
Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan
 terbaru dalam bidang sains - terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi,
 mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis 
berubah menjadi 'versi terbaru', telah dibuktikan salah.
Manusia juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya
 adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban 
canggih sehingga ke hari ini. Maka, 'evolusi sejarah' juga tidak pernah terjadi.


Sunday, September 8, 2013

Sejarah pengciptaan komputer



 Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses


pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.
 

Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan  mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
 

George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
 

Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
 

Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith danBabbage ialah mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford BerryAtanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABCsebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.