Friday, September 13, 2013

Parkour

Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement [1] (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia. [2] Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagaitraceuse.[3]
David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang.

Parkour merupakan satu aktiviti fizikal, dimana ia sukar untuk dikategorikan. Ia bukan satu sukan yang ekstrim,[4] tetapi 
merupakan satu latihan atau pegerakan yang ada sedikit 
pertahanan diri.[5] Mengikut kepada David Belle, aspek fizikal
 parkour ialah untuk melepasi halangan yang berada dilaluan
 semasa kecemasan.[6] Sekiranya anda mahu bergerak dengan pelbagai cara, dengan sebarang gerakan, ia akan memberi anda keuntungan yang paling asas untuk seseorang/sesuatu
 sekiranya ia mahu melarikan diri dari ia, atau mengejar kepada ia.[6] Jadi, bila berhadapan dengan 
seseorang, salah seorang akan bercakap, berlawan atau melarikan diri. Seperti seni bela diri, parkour
 merupakan satu bentuk latihan untuk terbang. Disebabkan ia sukar untuk dikategorikan, ia selalunya
 disebut "parkour ialah parkour".


0 comments:

Post a Comment